RM25.00
OFFER RM20.00 tidak termasuk postage
Syampu Uban Extra Lebat dirumus secara khusus menggunakan ramuan terpilih untuk kecantikan dan kekuatan rambut dari akarnya di samping membantu memelihara warna asal rambut. Ia ternyata berkesan untuk merawat masalah kelemumur, rambut kering, gugur, bercabang dan rosak seterusnya menjadikan mahkota anda kekal sihat, subur dan bermaya.
KEBAIKAN SYAMPU UBAN EXTRA LEBAT
- Menghitamkan warna rambut seterusnya mengatasi masalah uban
- Mengukuhkan rambut dari akarnya
- Merawat masalah rambut gugur, rosak dan bercabang
- Merawat masalah kelemumur yang mengganggu keselesaan anda
- Membantu menyuburkan rambut
- Mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala
- Memelihara kehalusan rambut
- Memelihara kesegaran rambut dan kulit kepala terutamanya bagi yang bertudung
- Merawat kerosakan rambut akibat pencemaran toksin
- Sesuai untuk semua jenis rambut lelaki dan wanita
KANDUNGAN SYAMPU UBAN EXTRA LEBAT
Air: Air bukan sahaja baik untuk kesegaran tubuh serta kecantikan kulit, malah turut berperanan penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut anda. Ia bertindak memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.
Lauryl Sulfate: Sebatian organik ini sering terhasil daripada minyak kelapa dan minyak kelapa sawit serta berperanan sebagai bahan pembuih dan pencuci bagi produk penjagaan diri seperti sabun.
Cocamidopropyl Betaine: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa ini berfungsi mencuci minyak dan kotoran dari kulit kepala selain membantu mengatasi masalah rambut kering dan kelemumur serta menyerap kelembapan ke dalam struktur rambut dan kulit kepala.
Glycol Distearate: Sebatian ini terhasil melalui gabungan ethylene glycol dan asid stearic serta berfungsi sebagai emolien bagi memelihara kelembapan kulit.
Polyquaternium-10: Polyquaternium-10 merupakan sejenis polimer selulosa yang berfungsi sebagai pelembap serta menjadikan rambut anda tampil lebih bermaya.
Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan rambut dan kulit kepala.
D-Panthenol: D-Panthenol atau lebih dikenali sebagai vitamin B5 sering terkandung di dalam produk penjagaan rambut dan berperanan mengembalikan kelembapan dan mengukuhkan rambut di samping memperbaiki rambut yang rosak, merawat hujung rambut yang bercabang dan menyerikan lagi rambut.
Inai (Lawsonia Inermis): Daun inai mengandungi glukosid dan asid henotanik yang bertindak sebagai bahan pewarna dan bergabung dengan kolagen yang terkandung di dalam rambut untuk menukar warna rambut. Di samping itu, inai turut berupaya menentang bakteria yang boleh merosakkan rambut selain memelihara kelembutan rambut, mencegah serta merawat masalah rambut gugur dan kelemumur, serta melindungi rambut daripada kerosakan.
Protein Gandum Terhidrolisis: Protein gandum yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian tersebut telah ditambahkan air) ini berfungsi memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
Asid Sitrik: Selain bertindak sebagai agen pembersih, asid sitrik juga bersifat antioksidan yang berupaya memperbaharui sel kulit kepala seterusnya merangsang pertumbuhan rambut di samping membantu mencegah pembiakan bakteria bagi memelihara rambut anda.
Sodium Klorida: Sodium klorida merupakan garam semulajadi yang boleh diperoleh dari air laut. Ia berfungsi sebagai agen penebal di samping membantu memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegar serta mengharumkan rambut anda.
Bunga Raya (Hibiscus Rosa Sinensis): Lendir bunga raya yang dikenali sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut. Di samping itu, bunga raya turut membantu mengekalkan kelembutan rambut dan keutuhan akarnya, di samping berupaya mencegah daripada keguguran rambut.
Ginseng: Herba yang berasal dari Amerika Utara dan Asia Timur ini banyak digunakan dalam rawatan tradisional China bagi membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Selain itu, ia juga dapat membantu melebatkan rambut seterusnya mengatasi masalah rambut gugur.
Minyak Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun kaya dengan vitamin E yang bertindak melambatkan proses penuaan pra-matang dan mencegah masalah uban di samping membantu memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala serta melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit kepala seterusnya membantu menyuburkan rambut. Ia juga kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan kerosakan rambut dan kulit kepala akibat pencemaran toksin yang berpunca daripada persekitaran serta produk rawatan rambut. Selain itu, minyak zaitun juga bersifat antibakteria yang berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur mahupun kutu.
Susu Kambing: Susu kambing sebenarnya mengandungi lebih banyak nutrien berbanding dengan susu lembu, selain kaya dengan kalsium, protein, fosforus, vitamin B2 dan kalium. Susu kambing membantu melembut dan menjadikan rambut lebih terurus, di samping mengatasi masalah kelemumur dan melembapkan kulit kepala.
Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya membantu mengatasi masalah kegatalan dan kelemumur di samping menyihat dan menyamankan kulit kepala.
Alga: Alga atau rumpai laut mengandungi zeaxanthin yang merupakan sejenis pigmen bagi membantu menggalakkan pertumbuhan rambut agar ia menjadi lebih lebat dan subur.
Betik (Carica Papaya): Selain baik untuk kecantikan kulit, betik turut kaya dengan nutrien yang berperanan memelihara kelembutan rambut di samping membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kukuh. Betik juga mampu mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur, serta membantu menyingkirkan kotoran mahupun minyak dengan selamat, di samping menjadikan rambut anda lebih bersinar dan bermaya.
Biji Macadamia (Macadamia Integrifolia): Selain berupaya memelihara kecantikan kulit, ramuan ini turut mengandungi asid lemak palmitoleic (atau omega 7) yang dapat mencegah proses penuaan di samping membantu mengekalkan kelembapan dan kelembutan rambut anda.
Methylchloroisothiazolinone: Bahan ini bersifat antibakteria dan antikulat serta berfungsi sebagai bahan pengawet yang berupaya melindungi produk ini daripada kerosakan.
Methylisothiazolinone: Methylisothiazolinone merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang boleh merosakkan produk ini.
CARA PENGGUNAAN SYAMPU UBAN EXTRA LEBAT
1. Tuangkan sedikit Syampu Ubat Extra Lebat pada rambut yang basah.
2. Gosok dan ratakan ke seluruh bahagian rambut selama 1-2 minit.
3. Bilas sehingga bersih.
4. Sesuai untuk kegunaan harian.
2. Gosok dan ratakan ke seluruh bahagian rambut selama 1-2 minit.
3. Bilas sehingga bersih.
4. Sesuai untuk kegunaan harian.
Kandungan : 200ml