Roller Moist Cream Ampoule Plus ada 3 WARNA - CHRIZEN ORIGINAL


Roller Moist Cream Ampoule Plus merupakan bedak asas yang mempunyai span berputar khusus untuk memberikan kemasan yang tampil lebih sempurna pada permukaan kulit wajah anda. Ia diperkaya dengan SPF50 yang mampu melindungi kulit anda daripada kerosakan akibat sinaran UV seterusnya membantu mengekalkan kejelitaan dan keremajaan kulit wajah dengan berkesan.
Roller Moist Cream Ampoule Plus hadir dalam 3 pilihan warna sesuai untuk tona kulit wanita Asia:
  • Light Beige
  • Medium Beige
  • Soft Caramel



KEBAIKAN ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS

  • Menutup kesan cela seperti jerawat, jeragat, parut dan bintik-bintik hitam
  • Melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Membantu mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus pada wajah
  • Membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit
  • Membantu mengecilkan liang pori
  • Mengatasi masalah kulit kering, kemerah-merahan, kusam dan berminyak
  • Membantu memudarkan kesan parut
  • Menjadikan kulit wajah anda lebih gebu, anjal dan berseri
  • Menyerlahkan keremajaan kulit wajah anda
  • Sapuannya mampu bertahan lebih lama

KANDUNGAN ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS

Allantoin: Allantoin merupakan sebatian organik yang berperanan menggalakkan pemulihan sel tubuh serta mengekalkan kehalusan kulit di samping mempercepatkan pemulihan luka, kesan terbakar serta parut.
Hydrogenated Lecithin: Lecithin yang telah melalui proses hidrogenasi ini merupakan sejenis lemak yang terdiri daripada asid lemak, glycerol, asid fosforik, triglyceride, choline dan fosfolipid. Selain menjadi bahan penstabil dalam produk penjagaan diri, lecithin berupaya menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam lapisan kulit dan mencegah pengoksidaan sel sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit.
Synthethic Sapphire: Batu nilam yang dihasilkan secara sintetik ini mampu mengekalkan kelembapan kulit, menyingkirkan sel kulit mati serta melindungi kulit anda daripada kerosakan seterusnya membantu menyerlahkan keremajaan kulit anda.
Glycerin: Glycerin adalah sejenis sebatian organik yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
Adenosine: Adenosine adalah sebatian organik yang mampu menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin yang merupakan komponen protein di dalam lapisan kulit seterusnya membantu meningkatkan keanjalan kulit serta menyerlahkan keremajaan wajah. Adenosine turut membantu melancarkan peredaran darah sekaligus memulihkan kerosakan sel kulit akibat radikal bebas dan pancaran radiasi ultraungu (UV).
Glutathione: Glutathione atau gluta merupakan sejenis asid amino yang bersifat antioksidan. Ia terbukti mampu mengatasi masalah kulit yang kemerahan, bersisik dan kering di samping membantu mempercepatkan pemulihan luka. Di samping itu, gluta turut berupaya menyingkirkan toksin dan meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang proses penuaan dan kerosakan sel.
Ceramide 3: Ceramide adalah sejenis lipid atau lemak yang sering terkandung di dalam gandum, produk tenusu dan kacang soya. Ia mampu mengatasi masalah kulit kering serta melambatkan proses penuaan kulit sekaligus membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.
Hydrolyzed Extensin: Extensin yang telah melalui proses hidrolisis ini mengandungi protein yang mampu mengekalkan kelembapan kulit serta membantu mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan kulit anda.
Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta mengekalkan kelembapan kulit. Aloe vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
Saccharide Isomerate: Bahan ini mengandungi karbohidrat yang menjana pertumbuhan sel kulit serta berfungsi sebagai emolien yang berfungsi memelihara kelembapan dan kehalusan kulit.
Sorbitol: Sorbitol merupakan sejenis gula yang berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan kulit.
Lecithin: Lecithin merupakan sejenis lemak yang terdiri daripada asid lemak, glycerol, asid fosforik, triglyceride, choline dan fosfolipid. Selain menjadi bahan penstabil dalam produk penjagaan diri, lecithin berupaya menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam lapisan kulit dan mencegah pengoksidaan sel sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit.
Panthenol: Panthenol atau vitamin B5 berkesan untuk memelihara kehalusan dan kelembapan kulit serta mengurangkan kesan kedutan, rekahan dan garis-garis halus. Malah, ia turut berupaya menggalakkan penghasilan sel kulit yang lebih sihat seterusnya menjadikan kulit anda tampil lebih muda dan berseri.
Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
Glyceryl Linolenate: Glyceryl linolenate merupakan sejenis bahan pengemulsi yang bertindak melarutkan isi kandungan produk ini di samping berfungsi sebagai emolien yang membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit anda.
Glyceryl Linoleate: Glyceryl linoleate adalah bahan pengemulsi yang berupaya melarutkan isi kandungan produk ini di samping berfungsi sebagai emolien yang membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit anda.
Retinyl Palmitate: Sebatian yang terhasil daripada vitamin A dan asid lemak palmitik ini berupaya menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit seterusnya membantu meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit anda.
Sodium Ascorbyl Phosphate: Sodium ascorbyl phosphate merupakan sebatian yang terhasil daripada vitamin C yang tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.
Glyceryl Caprylate: Bahan ini bukan sahaja berupaya melarutkan isi kandungan produk malah bertindak sebagai emolien yang membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit anda.
Xanthan Gum: Gam Xanthan merupakan karbohidrat yang berasaskan gula serta berfungsi sebagai bahan penstabil dan pelikat bagi produk penjagaan diri di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
Ethylhexylglycerin: Sebatian yang terhasil daripada gliserin ini bertindak sebagai bahan pengawet semulajadi di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.



CARA PENGGUNAAN ROLLER MOIST CREAM AMPOULE PLUS

  1. Sapukan penyegar dan krim pelembap pada wajah anda terlebih dahulu.
  2. Oleskan Roller Moist Cream Ampoule Plus pada permukaan kulit.
KANDUNGAN 20gm

HARGA PASARAN RM73.90
Harga kami ada diskaun
Previous
Next Post »